Akujanji Penggunaan Kemudahan ICT Oleh Pelajar ASWARA

 
BACA & FAHAMI
 
KEBENARAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN ICT UNTUK SEMUA PELAJAR ADALAH TERTAKTUK KEPADA GARIS PANDUAN, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG SEDANG BERKUAT-KUASA. PIHAK PENGURUSAN ASWARA BERHAK MENARIK BALIK SEMUA KEMUDAHAN INI ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA TANPA SYARAT.

Penggunaan Internet dan Intranet adalah meliputi capaian sistem aplikasi, portal, laman web dan pemindahan data.

A. Capaian Internet dan Intranet :

  • ASWARA berhak memasang perisian penapisan bagi memantau penggunaan perkhidmatan Internet atau Intranet;
  • Laman web yang boleh dilayari, dilanggani dan diguna pakai adalah berbentuk ilmiah, akademik dan pengetahuan;
  • Laman web yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan, perkauman dan yang boleh menimbulkan atau mendorong kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian serta dikenal pasti tidak sesuai adalah tidak dibenarkan sama sekali;
  • ASWARA berhak menyekat capaian kepada laman web tertentu mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa; dan
  • Pengguna dilarang memasuki, menyalin, menciplak, mencetak, menduplikasi dan menyebarkan maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang negara.

B. Penggunaan Internet dan Intranet :

  • Pengguna tidak dibenarkan mencapai sumber ICT sama ada dalam bentuk data, paparan, keystrokes, fail atau media storan dalam sebarang bentuk yang dimiliki oleh pengguna lain tanpa mendapat kebenaran atau kelulusan pengguna terbabit terlebih dahulu. Ini termasuk membaca, menyalin, menukar, merosak atau memadam data, program dan perisian.

C. Permohonan Pinjaman Peralatan ICT :

  • Borang Permohonan Pinjaman Peralatan ICT perlu diisi secara online dengan jelas sebelum peminjaman.
  • Permohonan perlu disertakan dengan surat sokongan dari Dekan/Penolong Pendaftar/Pensyarah/Pegawai HEA/Pegawai HEP.
  • Sebarang kerosakan peralatan ICT sepajang tempoh peminjaman akan ditanggung oleh pelajar tersebut (peminjam).
  • Jika ingin melanjutkan tempoh pinjaman, pelajar dikehendaki mengisi semula borang pinjaman selewat-lewatnya 3 hari sebelum tamat tempoh pinjaman sebelum ini. Perlanjutan adalah tertakluk kepada kebenaran.

D. Peraturan Penggunaan Makmal Komputer :

  • Tidak dibenarkan membuat sebarang instalasi perisian tanpa kebenaran Admin.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman (termasuk gula-gula getah) ke dalam makmal komputer.
  • Semua jenis aksessori multimedia yang dipinjam perlu dipulangkan sebaik sahaja selepas penggunaan.
  • Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam makmal.
  • Tidak dibenarkan membuang sampah di dalam makmal.
  • Sila simpan data ke dalam ruangan simpanan anda sendiri sama ada menggunakan external hardisk atau Google Drive. Pihak admin tidak bertanggung jawap sekiranya terdapat data yang hilang di dalam simpanan komputer.
  • Tidak dibenarkan menampal sebarang poster di dalam dan di luar makmal.
  • Makmal Komputer 2D hanya boleh diakses oleh pelajar yang mengambil kelas Animation and Games sahaja. Penggunaan oleh pelajar kursus lain adalah tertakluk kepada kebenaran khas Dekan Fakulti Animasi dan Multimedia.

E. Penggunaan Emel ASWARA :

  • Akaun atau alamat mel elektronik (emel) yang diperuntukkan oleh ASWARA sahaja boleh digunakan secara rasmi di ASWARA.
  • Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang;
  • Penggunaan emel rasmi bagi tujuan peribadi adalah tidak dibenarkan;
  • Memastikan subjek dan kandungan emel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan;
  • Penghantaran emel rasmi hendaklah menggunakan akaun emel rasmi dan pastikan alamat emel penerima adalah betul;
  • Mengelak dari membuka emel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui;
  • Mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan transaksi maklumat melalui emel;
  • Setiap emel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik yang telah ditetapkan;

Sekiranya akaun Emel Rasmi ASWARA dan akaun capaian ke Rangkaian ASWARA tidak diterima dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh permohonan, sila hubungi pegawai BTM bertugas di talian 03-2697 5404.

 

 
Saya dengan ini telah meneliti dan memahami garis panduan yang telah dinyatakan di atas. Justeru, saya bersedia menerima tindakan tatatertib dari pihak Pengurusan ASWARA untuk sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan.
 


® Dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), ASWARA